BALING 20 Ogos – PADA kira-kira pukul 6.45 pagi ini, seperti biasa, Norhayati Ishak, 46, mengiringi suaminya, A. Razak Che Ad, 52, hingga ke muka pintu rumah mereka di Desa Keda Keledang, Kuala Pegang dekat sini sebelum lelaki itu menunggang motosikal ke tempat kerja. Tanpa disangka tidak berapa lama selepas itu, dia menerima perkhabaran duka. Jirannya memaklumkan menerusi telefon yang suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya membabitkan dua motosikal…










