USAHAWAN batik, Bibi Ramjani Ilias Khan (gambar) sama sekali tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak yang mahu beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ekoran kegagalannya mengemudi badan itu dengan baik. Bibi Ramjani sebaliknya menempelak tindakan itu dan bertegas akan terus mengetuai badan berkenaan sehingga tamat tempoh perkhidmatan iaitu pada tahun 2021. “Rasanya kalau berumah tangga kita tidak mampu, kenalah berusaha dan bukannya terus ceraikan…










