Tambah baik bukan mengharamkan undang-undang perkahwinan bawah umur - Utusan Malaysia

Tambah baik bukan mengharamkan undang-undang perkahwinan bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Kerajaan hanya perlu lakukan penambahbaikan kepada undang-undang perkahwinan bawah umur di negara ini, bukannya terus mengharamkan undang-undang tersebut.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM, Dr. Muzaffar Syah Mallow
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM, Dr. Muzaffar Syah Mallow

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, semua pihak perlu mencari penyelesaian yang lebih holistik, bijak dan bermakna dalam menyelesaikan isu atau masalah berkaitan dengan perkahwinan bawah umur yang hangat diperkatakan kini.

“Isu atau masalah terbabit tidak boleh diselesaikan dengan hanya mengunakan pendekatan emosi atau perasaan marah yang ditujukan terhadap pihak–pihak tertentu sehingga boleh menyebabkan sesuatu perkara yang baik itu kelihatan buruk di mata orang ramai.

“Dengan mengambil kira perkembangan semasa, kita perlu menyediakan satu tatacara atau prosedur yang lebih ketat terhadap semua proses permohonan yang melibatkan perkahwinan bawah usia.

“Ini termasuk menyediakan proses penilaian oleh pihak ketiga seperti pihak kaunselor atau pakar kanak-kanak dalam membantu mahkamah syariah memberi keputusan kebenaran tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muzaffar Syah berkata, undang-undang dalam isu perkahwinan bawah umur ini adalah jelas.

“Sekiranya segala peruntukan ini dipatuhi oleh semua pihak, tidak akan wujud sebarang isu dalam apa juga perkara,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN