Suspek kes bunuh penjawat awam wanita diberkas - Utusan Malaysia

Suspek kes bunuh penjawat awam wanita diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang penjawat awam wanita di sebuah rumah sewa di Jalan Tiong Hua pada 2 Ogos lalu berjaya ditahan di sebuah rumah panjang di Julau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek Philip Uja, 42, diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Julau kira-kira pukul 10.40 pagi.

Menurutnya, semasa serbuan dan tangkapan itu, suspek yang juga merupakan seorang pemandu lori dipercayai telah minum racun di tandas rumah panjang tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudian dikatakan memuntahkan racun tersebut sebelum polis membawa lelaki berkenaan ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

“Buat masa ini suspek dilaporkan dalam keadaan stabil dan permohonan reman akan dibuat pagi esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dengan keadaan tangan dan kakinya diikat di tepi katil di dalam rumah sewanya di Jalan Tiong Hua di Sibu. 

Mayat mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, ditemui kira-kira pukul 3 petang. 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini