PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meletakkan harapan kontinjen negara ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 untuk mencapai kedudukan antara 10 terbaik. Katanya, tidak mustahil untuk Malaysia mencapai kejayaan itu dan mengulangi kegemilangan kontinjen negara pada edisi 2010 di Guangzhou, China. “Jika Malaysia pernah menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik pada temasya sebelum ini, saya tidak nampak mengapa kontinjen kita pada kali ini tidak boleh mengulangi kegemilangan…










