PETALING JAYA 30 Ogos – Sime Darby Bhd. menjangkakan sedikit peningkatan bagi harga jualan kenderaannya selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berkuat kuasa 1 September ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Jeffri Salim Davidson berkata, keseluruhan pasaran automotif akan mengalami kelembapan bagi suku terakhir tahun ini, namun akan pulih secara beransur-ansur. “Secara teorinya, akan terdapat kenaikan harga kenderaan dalam pasaran automotif dan ini akan memperlahankan jualan dalam tempoh beberapa…










