KUALA LUMPUR 7 Ogos – Pas melihat pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dijangka mengulangi semula beberapa kelemahan semasa cukai itu dilaksanakan sebelum ini terutama soal manipulasi nilai di peringkat pengilang. Nasrudin Hassan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, SST dijangka mengulangi kelemahan dalam keberkesanan sistem percukaian negara termasuk akan berlaku adalah percukaian berganda yang akhirnya ditanggung oleh pengguna seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan secara sekaligus. Tambahnya,…










