JAKARTA 24 Ogos – Skuad memanah negara mempamerkan aksi mengecewakan selepas tersingkir seawal pusingan pertama acara recurve dan compound berpasukan campuran Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Padang Memanah Gelora Bung Karno, di sini hari ini. Gandingan Khairul Anuar Mohamad dan Nur Aliya Ghapar tewas 2-6 kepada pasangan Vietnam, Chu Duc Anh dan Loc Thi Dao dalam acara recurve. Satu lagi pasangan negara yang diwakili oleh Mohd. Juwaidi Mazuki dan Fatin…










