JAKARTA – Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Stephen Van Huizen melihat sasaran pingat emas pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 sebagai satu cabaran buat anak buahnya yang kini berada di bawah Program Podium. Van Huizen berkata sasaran emas itu adalah ‘harga’ perlu dibayar anak buahnya di atas kepercayaan diberikan Institut Sukan Negara (ISN) selepas permohonan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk memasukan skuad hoki lelaki negara ke dalam program tersebut diluluskan.…










