SINGAPURA – Singapura belum menerima sebarang cadangan rasmi dari Malaysia berkaitan laluan ketiga menghubungkan kedua-dua negara dari sebelah timur Johor. “Kami tidak menerima sebarang cadangan atau komunikasi rasmi dari Malaysia berkaitan laluan ketiga antara Singapura dan Malaysia,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, hari ini, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata kerajaan Johor berhasrat untuk membina laluan ketiga itu bagi mengurangkan kesesakan di Tambak…










