KEMAMAN 1 Ogos – Kebanyakan kanak-kanak mungkin pernah turut dibawa bersama meraikan pemergian ahli keluarga dan sahabat handai ibu bapa mereka menunaikan haji namun tentunya tidak mengerti dan memahami tujuan serta cara melakukan ibadat itu. Mereka tentunya juga pernah melihat urusan pemergian atau pelaksanaan rukun Islam kelima itu dipaparkan di televisyen, dan hari ini 572 kanak-kanak daripada 20 tadika swasta diberi pendedahan pengalaman mengerjakannya melalui program Smart Haji Anak Kemaman…









