KLANG – Penyiasatan terhadap kapal mewah Equanimity yang dikaitkan dengan kes syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijangka akan mengambil masa sehingga sembilan bulan. Peguam Jeremy M. Joseph yang mewakili 1MDB dan kerajaan Malaysia berkata, jangka masa itu bagi mengenal pasti pemilik asal kapal berkenaan yang bernilai RM1 billion. Katanya, ia juga bergantung keseriusan terhadap perkara yang dicabar berkaitan hak pemilikan kapal itu. “Jangkaan siasatan adalah antara enam hingga sembilan…










