BINTULU 28 Ogos – Shell Malaysia Limited (Shell) dan Sarawak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha berterusan membawa kemajuan dan pembaharuan bersama di negeri ini. Menurut Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo, langkah tersebut diambil bagi mengeksplorasi pemuliharaan alam semula jadi, pemeliharaan dan mengukuhkan kerjasama di negeri ini. Katanya, selain itu mereka turut memperbaharui program pembangunan bakat tempatan, Projek LINK dalam membantu belia Sarawak dengan kemahiran seperti kimpalan yang bermula…










