NEW YORK 5 Ogos – Petinju dengan rekod tanpa kalah, Eleider Alvarez menumbangkan Sergey Kovalev di pusingan ketujuh sekali gus membuat kejutan merampas gelaran light heavyweight WBO.
Petinju dari Colombia itu melepaskan tumbukan padu tangan kanan ke atas Kovalev dari Rusia itu rebah minit akhir pusingan ketujuh.
Kovalev, 35, cuba melakukan kebangkitan dan mendominasi kembali tinju kategori light heavyweight selepas tumpas dua kali berturut-turut kepada Andre Ward, tetapi berdepan ujian yang begitu getir.
Kovalev seawal loceng pusingan pertama cukup agresif dan mendahului dari segi pengutan mata bagi majoriti pusingan pada perlawanan yang berlangsung di Hotel Hard Rock di Atlantic City, New Jersey.
Bagaimanapun kealpaannya pada pusingan ketujuh digunakan sepenuhnya oleh Alvarez untuk melepaskan tumbukan padu dan mencatatkan keputusan luar dugaan bagi dunia tinju tahun ini.
Dia menumbangkan Kovalev sebanyak dua kali sebelum menghabiskannya dengan tumbuhan hook padu kira-kira 15 saat sebelum pusingan ketujuh berakhir.
Kovalev, kini memegang rekod 32-3-1 dengan 28 pukulan tumbang atau knockout.
Alvarez, yang berlatih di Montreal, Kanada, memperbaiki rekod kepada 24-0 dengan 12 pukulan tumbang. – AFP










