Seramai 2,380 murid terlibat dengan penyakit HFMD - Utusan Malaysia

Seramai 2,380 murid terlibat dengan penyakit HFMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seramai 2,380 murid dari 950 sekolah terlibat dengan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) sehingga semalam (5 Ogos), menurut Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebanyak 149 kelas biasa, 65 kelas prasekolah dan lima sekolah telah diarah tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi tempoh yang sama.

“Mana-mana sekolah atau kelas yang terlibat dengan arahan penutupan sekolah di bawah akta tersebut hendaklah mematuhinya serta mengambil tindakan dengan seberapa segera dengan melarang murid-murid hadir ke sekolah,” kata kementerian itu.

Kementerian Pendidikan berkata, pengetua dan guru besar yang terlibat hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah dengan kadar segera akan notis penutupan tersebut.

“Guru-guru dan kakitangan sekolah juga hendaklah diarahkan melaporkan diri di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan menjalankan tugas seperti diarahkan PPD berkenaan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN