PUTRAJAYA 8 Ogos – Sebanyak 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman lima hari kerana dipercayai terlibat dalam penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bernilai RM3.5 juta. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Nabilah Abd. Rashid selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kesemua suspek itu sehingga Ahad ini. Terdahulu, kesemua lelaki itu dibawa dengan menaiki sebuah bas SPRM ke Mahkamah Majistret di sini hari…