Sebahagian jemaah Yayasan 1MDB dipertimbang tunai haji - Utusan Malaysia

Sebahagian jemaah Yayasan 1MDB dipertimbang tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Sebahagian daripada 1,200 jemaah haji di bawah program khas Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diberi pertimbangan menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini.

MUJAHID YUSOF
MUJAHID YUSOF

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan dan kesemua calon berkenaan perlu mencukupi syarat yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

“Saya sudah jumpa Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Kuota yang kita ada itu sebenarnya sudah mencukupi dan kita sebenarnya tidak boleh bagi lagi.

“Saya akan mengambil inisiatif dengan mengemukakan nama-nama mereka. Kalau cukup kriteria-kriteria di bawah Tabung Haji yang ada, akan diluluskan sebahagian. Tetapi, kalau tidak sesuai dengan kriteria, saya tidak dapat laksanakan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN