JANGAN sesekali salah anggap pada batang tubuhnya yang kecil ini, semangat juangnya juga turut mengecil. Sebenarnya di dalam jasad itu ada semangat juang yang tinggi, segunung misi yang perlu dilunaskan iaitu membahagiakan orang kesayangannya menerusi profesion seninya. Itu adalah azam yang sudah lama tertanam dalam sanubarinya sejak berusia 12 tahun lagi. Setiap ganjaran yang diperoleh lakonan bukan untuk dirinya seorang. Dia membahagikan rezeki yang ada mengikut keperluan adik-beradiknya yang lain.…










