KUCHING – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan satu kes terbaharu rabies atau anjing gila melibatkan seorang lelaki berusia 49 dari Sri Aman, Sarawak. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata pesakit yang kritikal itu kini dirawat di Wad Penyakit Berjangkit di Hospital Umum Sarawak. “Mangsa pernah digigit oleh anjing peliharaannya pada Januari 2018 dan tidak mendapatkan rawatan. Pada 11 Ogos…










