Sarah Suhairi hindar disamakan dengan Dayang Nurfaizah - Utusan Malaysia

Sarah Suhairi hindar disamakan dengan Dayang Nurfaizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Bintang baharu, Sarah Suhairi, 18, berharap dapat menonjolkan kelainan vokalnya yang sebelum ini pernah dikatakan kedengaran seperti milik penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah menerusi platform Big Stage 2018 (BS 2018) yang mula disiarkan malam ini.

Menurut Sarah, dia berasa segan dan malu apabila isu tersebut ditimbulkan kerana sedar dirinya yang masih mentah jika hendak dibandingkan dengan pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagi tiga tahun berturut-turut itu.

Siapalah saya untuk disamakan dengan Kak Dayang. Masih terlalu hijau dalam industri ini. Baru beberapa bulan sahaja berbanding Kak Dayang yang sudah berpuluh tahun jadi penyanyi.

Jadi, menerusi pentas BS 2018, saya cuba tukar persepsi itu dengan menyerlahkan keistimewaan vokal tersendiri,ujarnya merendah diri.

Terkenal dengan debut Pedih yang dipertaruhkan sebagai single pertamanya, Sarah akui tekanan menyertai BS 2018 amat membebankan, apatah lagi dia terpaksa bersaing dengan peserta lain yang jauh lebih berpengalaman.

Namun, Sarah optimis dengan senario dihadapinya itu dalam mematangkan dirinya selaku seorang penyanyi baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN