Saifuddin adakan lawatan rasmi ke Brunei esok - Utusan Malaysia

Saifuddin adakan lawatan rasmi ke Brunei esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Ogos – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei esok bagi memenuhi undangan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II Brunei, Datuk Seri Erywan Mohammad Yusof.

Kementerian Luar dalam kenyataannya di sini berkata, lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada siri lawatan pengenalan Saifuddin selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Luar yang baharu pada 2 Julai lalu.

“Pertemuan dengan rakan sejawatnya itu akan membincangkan isu-isu dua hala membabitkan Malaysia dan juga Brunei selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sempena lawatan itu, Saifuddin juga dijadualkan untuk menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah,” kata kementerian itu dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Menurut kementerian itu lagi, lawatan itu bakal membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka dan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama.

“Sepanjang lawatan ke Brunei, Saifuddin akan diiringi oleh pegawai-pegawai kementerian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini