PUTRAJAYA 12 Ogos – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei esok bagi memenuhi undangan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II Brunei, Datuk Seri Erywan Mohammad Yusof. Kementerian Luar dalam kenyataannya di sini berkata, lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada siri lawatan pengenalan Saifuddin selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Luar yang baharu pada 2 Julai lalu. “Pertemuan dengan rakan sejawatnya itu akan membincangkan isu-isu dua…










