KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan selepas bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat semalam. Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengumumkan RUU menggantikan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) itu diluluskan tanpa pindaan menerusi undi sebulat suara. RUU tersebut dibentang untuk bacaan kali ketiga oleh Guan Eng dan disokong Timbalannya, Datuk Amiruddin Hamzah. Ketika membentangkan RUU terbabit, Guan…










