RM50 juta dibelanja untuk perolehan aset hadapi banjir - Utusan Malaysia

RM50 juta dibelanja untuk perolehan aset hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Sejumlah RM50 juta telah dibelanjakan untuk perolehan aset bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ia merangkumi pembelian antaranya bot amfibia, bot penyelamat pelbagai saiz, pacuan empat roda, lori lima dan tujuh tan serta ‘cubicle tent’.

Katanya kerajaan juga melaksanakan program pembinaan keupayaan melalui latih amal dan bengkel melibatkan pegawai daerah serta ketua polis daerah bagi mengendalikan pusat kawalan operasi bencana dan pusat kawalan tempat kejadian.

“Sesi latih amal turut diadakan kepada masyarakat dan setakat ini melibatkan 6,000 penyertaan di 12 lokasi selain libat urus bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi memastikan urusan bantuan di lokasi bencana lebih terselaras,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) mengenai langkah diambil untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir musim tengkujuh pada hujung tahun ini.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN