KUALA LUMPUR 4 Ogos – Ringgit dijangka melantun semula sedikit berbanding dolar US minggu depan berikutan data ekonomi domestik yang positif yang mungkin akan menyokong sentimen mata wang tempatan, kata Penganalisa Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga. Katanya, data ekonomi berkenaan termasuk jualan runcit bulanan, kadar pengangguran, pengeluaran pembinaan untuk suku kedua dan pengeluaran perindustrian pada Jun, yang mana akan dikeluarkan minggu depan. Bagaimanapun katanya, sebarang keuntungan yang bermakna mungkin menerima ancaman…










