KITA percaya setiap kerajaan dan pemimpin politik di dunia ini akan mencuba sedaya upaya untuk menunaikan apa saja permintaan yang dikemukakan atau diperlukan rakyatnya. Seboleh-bolehnya mereka tidak mahu katakan tidak ataupun mengecewakan harapan rakyat terutamanya penyokong dan pengundi setia mereka. Parti politik yang mahu terus memerintah pastinya akan cuba melaksanakan segala perkara yang boleh menaikkan imej dan sokongan terhadap mereka sepanjang masa supaya rakyat akan terus memberikan mandat kepada mereka.…










