MUKADIMAH: MALAYSIA merupakan antara negara Islam yang diharap menjadi contoh kepada Syria untuk membangunkan semula negara yang dilanda perang setelah berlanjutan lapan tahun sejak 2011. Antara perkara yang sering dirujuk oleh Syria termasuklah sektor perdagangan, pelancongan dan sistem pendidikan tinggi di negara ini yang disifatkan sebagai antara terbaik di dunia. Tidak cukup dengan itu, Syria juga melahirkan rasa bangga melihat perkembangan Malaysia dari semasa ke semasa terutamanya dalam bidang politik…










