Qabil, Rosentolz memukau - Utusan Malaysia

Qabil, Rosentolz memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 20 Ogos – Ekuin negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil bersama kudanya, Rosentolz menampilkan persembahan memukau dalam penampilan pertama Sukan Asia 2018 selepas lapan tahun tidak beraksi di temasya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia yang beraksi dalam acara dressage individu bersama kudanya baka Rostpon berada pada kedudukan teratas aksi kelayakan Prix St-Georges dengan catatan 74.881 mata mengatasi pencabar terdekat, Kim Hyeok dari Korea Selatan dengan catatan 71.235 mata.

Aksi bersama kuda berusia 12 tahun bernilai RM800,000 daripada pembiak kuda terkemuka dari Jerman, Hannoveraner Verband itu berjaya menampilkan aksi cemerlang mengatasi kuda-kuda lain dari Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong.

Atlet berusia 38 tahun itu mengakui sangat terkejut dengan markah tinggi yang diberikan hakim semasa aksi kelayakan kerana ia jarang berlaku semasa pusingan awal.

“Jarang sekali pengadil memberikan markah tinggi dalam aksi kelayakan, mungkin mereka menyukai kuda saya dan memang diakui tanggapan pertama sangat penting dalam acara ini.

“Saya perlu kekalkan momentum ini dalam aksi berikutnya dan cuba mengelakkan daripada melakukan sebarang kesilapan,” katanya.

Qabil mengakui bahawa dia sememangnya mengimpikan pingat emas di dalam acara itu selepas dua kali meraih pingat gangsa dalam acara individu di temasya Guangzhou 2010 dan Doha 2006 selain meraih pingat perak dalam acara berpasukan di Bangkok 1998 dan Doha 2006.

“Memang saya mengimpikan pingat emas di temasya ini dan saya percaya dengan catatan 70 markah ke atas, peluang untuk saya meraih pingat itu ada,” katanya.

Qabil mengimpikan 
pingat emas dalam acara 
dressage selepas 
dua kali meraih pingat 
gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN