BESUT – Sepasang suami isteri ditahan polis selepas dipercayai memukau seorang gadis dan melarikan seutas rantai emas milik mangsa dalam kejadian di Pejabat Pelancongan Kuala Besut di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa berusia 22 tahun itu didatangi pasangan suami isteri terbabit yang berpura-pura bertanya mengenai pakej pelancongan ke Pulau Perhentian sambil menjual produk kecantikan. Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi, suspek…










