Pilih idola bersesuaian - Utusan Malaysia

Pilih idola bersesuaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMACAM-MACAM kisah guru kebelakangan ini daripada kes guru maut dalam kebakaran, hampir dipukul pelajar, berdepan kemurungan dan terbaharu dihina pelajar instafamous yang gagal dalam pelajaran.

Mengikut pemahaman saya, ada juga pihak mempertahankan perbuatan remaja kembar yang mengutuk sekolah dan guru mereka itu atas alasan rakaman video itu peribadi dan sepatutnya tidak tular.

Malah ada yang mengangkat darjat gadis-gadis ‘cerdik’ itu sebagai ‘berjaya’ kerana sudah mendapat pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan hasil aktiviti mereka dalam media sosial.

Jika memiliki banyak duit sudah boleh dilabelkan sebagai berjaya, rasanya penjenayah lebih berjaya apatah lagi mereka yang menyorokkan aktiviti pecah amanah di sebalik gelaran pihak berkuasa, pemerintah mahupun ‘aktivis’.

Setakat budak-budak hingusan yang baru mengenal dunia tidak sepatutnya mereka diangkat sebagai idola dan contoh kepada muda-mudi lain semata-mata kerana mempunyai lebih banyak duit atau harta.

BURUH KASAR

Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN