ALOR SETAR – Pasukan Kedah berjaya menewaskan juara bertahan, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 pada perlawanan kelima Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di sini sebentar tadi. Skuad Helang Merah berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan pemain import kelahiran Brazil, Sandro Da Silva pada minit ke-5 yang menyudahkan hantaran Baddrol Bakhtiar. Kegembiraan Kedah bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pasukan lawan menyamakan kedudukan pada minit ke-36 menerusi Fernando…