KUALA LUMPUR – Petronas optimis untuk menyalurkan dividen kepada kerajaan bernilai RM24 bilion pada tahun ini, dipacu oleh pengukuhan harga minyak mentah dunia dan prestasi kewangannya yang menggalakkan. Pada 2017, Petronas menyalurkan dividen bernilai RM16 bilion kepada kerajaan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, kadar itu lebih tinggi berbanding nilai asal sebanyak RM19 bilion yang diumumkan pada Mac lepas. “Pada separuh pertama tahun ini,…










