JAKARTA 18 Ogos – Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee memuji perwatakan pemainnya yang memiliki semangat juang tinggi serta ingin menang yang menurutnya menjadi ramuan penting dalam kejayaan pasukannya menundukkan juara bertahan Korea Selatan dalam saingan Kumpulan E, Sukan Asia 2018 semalam. Katanya, pasukan muda negara juga berjaya memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dengan baik untuk melakar kemenangan berharga bagi memastikan mereka mengesahkan tempat dalam…