PETALING JAYA 2 Ogos – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) merekodkan jualan sebanyak 117,100 buah kenderaan untuk separuh pertama 2018 meningkat 17.5 peratus berbanding 99,700 buah bagi tempoh sama tahun lalu. AMINAR RASHID SALLEH Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, jumlah itu mewakili 40.4 peratus bahagian pasaran daripada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) iaitu sebanyak 289,700 buah. Menurut beliau, susulan peningkatan jualan itu…










