Perkembangan kesihatan Chong Wei diketahui tidak lama lagi - Utusan Malaysia

Perkembangan kesihatan Chong Wei diketahui tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria meminta semua pihak bersabar menunggu perkembangan kesihatan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Mohamad Norza berkata, beliau sering berhubung dengan Chong Wei dan bertanya khabar mengenai kesihatan pemain berusia 35 tahun itu yang dilaporkan mengalami ‘Respiratory Disorder’.

“Setakat ini beliau masih lagi dalam proses rawatan, sebagaimana saya katakan sebelum ini, beri saya masa beberapa minggu lagi untuk memaklumkan perkembangan terkini Chong Wei,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman penajaan antara AirAsia-BAM di Atrium, AirAsia RedQ.

Menurut laporan berita tempatan pemain nombor dua dunia itu kini berada di Taiwan bagi menjalani rawatan selama dua bulan.

Berikutan masalah kesihatannya itu, Chong Wei terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Dunia di Nanjing pada minggu lepas dan Sukan Asia Jakarta-Palembang di Indonesia pada 18 Ogos – 2 September ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN