KUALA LUMPUR 30 Ogos – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kuala Lumpur kini giat menawarkan bantuan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mempertingkatkan hasil jualan serta penjenamaan produk menerusi ruang pengiklanan di sekitar ibu negara. Yang Dipertua Perdasama Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Fauzi Zakaria berkata, pihaknya dengan kerjasama Emphasise Communication Sdn. Bhd. (ECSB) akan menyediakan pakej pemasangan papan iklan elektronik lampu putih diod pemancar cahaya (LED) mengikut…










