SETIAP kali perkataan bercuti terlintas dalam fikiran, sudah pasti kita akan membayangkan suasana yang santai untuk berehat, sekali gus menikmati percutian itu. Begitupun, sesetengah pihak mengimpikan tempat penginapan berbentuk hotel yang berdekatan dengan kemudahan awam, pusat beli-belah dan tempat-tempat menarik. Oleh itu, tidak hairanlah jika Hotel Aloft yang terletak di Kuala Lumpur Sentral menjadi lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Berdasarkan lokasinya yang strategik iaitu bersambung dengan pusat…










