PARIS 27 Ogos – Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan mengusulkan cadangan baharu untuk meningkatkan keselamatan Kesatuan Eropah (EU) sekali gus tidak bergantung kepada Amerika Syarikat (AS) dalam isu itu. Beliau berkata, negara Eropah tidak boleh lagi bergantung kepada AS melindungi mereka. “Terpulang kepada kita sendiri untuk memastikan jaminan keselamatan Eropah,’’ katanya semasa berucap bagi pelancaran semula agenda diplomtiknya. Macron berkata, Perancis mahu melancarkan kajian menyeluruh tentang keselamatan bersama-sama negara Eropah…










