Penutupan KSCIP satu kerugian - Utusan Malaysia

Penutupan KSCIP satu kerugian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Keputusan untuk menamatkan operasi Pusat Keamanan An­tarabangsa Raja Salman (KSCIP) dilihat sebagai satu kerugian kepada kerajaan dan negara dalam usaha membendung gejala radikal dan ekstremis.

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kegiatan ekstremis menerusi kumpulan pelampau yang kejam semakin menggugat keselamatan global terutamanya melibatkan dunia Islam. 

Sehubungan itu, jelas Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan, kerjasama dan penyelarasan antara negara amat penting kerana masalah pengganas disifatkan amat meluas dan tanpa sempadan.

“KSCIP ditubuhkan untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara strategik bagi memerangi ekstremis dan aktiviti keganasan kejam global bersama-sama Arab Saudi. 

“Penubuhan pusat itu membolehkan negara berada di barisan hadapan bagi membanteras naratif dan fahaman yang mendorong kepada berlakunya gejala ekstremis. Sumbangan Malaysia terhadap keamanan dan keselamatan global tentunya sangat tinggi dan tidak ternilai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Semalam, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menerusi jawapan bertulis kepada soalan Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) memberitahu kerajaan menghentikan operasi KSCIP dan pejabat sementara di Jalan Ampang juga ditutup serta-merta. 

Fungsi KSCIP itu juga akan diserap ke dalam Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) di bawah Kementerian Pertahanan. 

KSCIP ditubuhkan sejak Februari tahun lalu semasa lawatan rasmi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan telah memulakan operasi sejak 30 Mei 2017 ber­pera­nan untuk mempromosi keamanan dan keharmonian sejagat berteras kefahaman Islam tulen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN