KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pembangunan semula Pasar Raja Bot atau Pasar Chow Kit yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu ekoran masalah kontraktor kini berjalan lancar. Tinjauan Utusan Malaysia di pasar berhadapan Plaza Safuan itu mendapati, kontraktor giat meneruskan kerja-kerja pembinaan pasar baharu berkenaan sekali gus membuatkan para peniaga menarik nafas lega. Sebelum ini golongan peniaga yang dijanjikan tapak perniagaan baharu itu bimbang dan hampa ekoran projek itu tertangguh sekali…










