KUALA LUMPUR 30 OGOS – Boleh dikatakan hampir setiap pagi Salahuddin Abdul Latif, 54, seorang posmen yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia di Bandar Tun Razak di sini ‘berperang’ dengan emosinya. Masalah kekurangan parkir yang semakin kritikal di kawasan kediamannya bukan sahaja menimbulkan rasa marah bahkan sering menyebabkan dia kelam kabut untuk ke tempat kerja. Setiap pagi juga dia terpaksa menolak satu persatu kenderaan yang diletakkan secara…










