Penduduk berhimpun di depan DUN bantah projek lebuh raya - Utusan Malaysia

Penduduk berhimpun di depan DUN bantah projek lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 6 Ogos – Hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bermula dengan perhimpunan aman oleh sekumpulan penduduk di hadapan bangunan DUN di sini, bagi membantah projek Lebuh Raya Pan Island Link (PIL-1).

Kira-kira 30 penduduk itu berhimpun sejak pukul 9 pagi dengan membawa beberapa sepanduk yang tertulis ‘Rakyat Pulau Pinang Tak Nak PIL-1’; ‘Development Not Developers’ dan ‘Say No To SRS’.

Selain penduduk khususnya di sekitar Tanjung Bungah yang bakal terjejas dengan rancangan projek itu, bantahan berkenaan turut disertai pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Ahli Jawatankuasa Pemandu Penang Forum, Khoo Salma Nasution.

Bantahan itu bagi mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menangguh atau membatalkan projek lebuh raya tersebut yang disifatkan bakal memusnahkan alam sekitar dan memberi kesan kepada penduduk setempat.

Pembinaan lebuh raya PIL 1 merupakan sebahagian daripada projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang akan dilaksanakan di bawah fasa satu.

Lebuh raya dua hala sepanjang 20 kilometer itu dirancang dibina dengan enam lorong dan menghubungkan Persiaran Gurney ke Bayan Lepas dengan enam persimpangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN