PERMATANG PAUH 31 Ogos – Bagi meraikan Hari Kebangsaan hari ini , penduduk Lorong 12 Taman Sutera 2 dekat sini mengadakan aktiviti Merdeka Fun Walk di kawasan perumahan mereka. Sambil mengibarkan Jalur Gemilang, mereka berjalan kaki sejauh dua kilometer dari taman itu dan mengelilingi Kampung Masjid Timah sebelum kembali ke taman. Menurut wakil penduduk Mohamad Adhar Yahaya, aktiviti itu diadakan bagi mengeratkan hubungan antara penduduk serta memanfaatkan cuti umum hari…










