PETALING JAYA – Nurul Izzah Anwar hari ini mengemukakan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan naib presiden pada Pemilihan PKR, bulan depan. Borang pencalonan beliau diserahkan wakilnya, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil kira-kira 2.30 petang selepas proses pencalonan hari ini berehat untuk makan tengah hari. Fahmi berkata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat hadir kerana berada di kawasannya. Setakat tengah hari tadi, dua calon mengemukakan pencalonan jawatan tersebut iaitu Anggota Parlimen Selayang, William Leong dan bekas ahli majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Michael Tamil. Sementara itu, Fahmi dan Timbalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya