Pemilihan PKR: Mohd. Rashid, Fahmi Fadzil bertanding MPP PKR - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: Mohd. Rashid, Fahmi Fadzil bertanding MPP PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menyerahkan borang bagi  bertanding ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti itu untuk sesi 2018-2021.

Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, beliau ingin membawa aspirasi reformasi dalam pelbagai bentuk.

“Sebarang perubahan reformasi institusi saya akan bawa dengan sebaik mungkin dan usul dalam parti juga dibawa sebaik mungkin supaya parti ini kekal sebagai parti pilihan rakyat,” katanya dalam ucapan selepas menyerah borang pencalonan di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Fahmi berkata, dia tidak menyertai mana-mana kem dalam PKR sebaliknya setia dengan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini merupakan pertama kali beliau menyertai pemilihan MPP.

“Saya harapkan pertandingan secara sihat, rakyat Malaysia sedang memerhatikan tindak tanduk kita dalam pemilihan parti, jadi kekalkan disiplin dan tunjukkanlah kepada rakyat Malaysia kita boleh menjalankan proses demokrasi ini secara matang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×