CYBERJAYA 16 Ogos – Pembinaan lebih banyak bandar baharu adalah antara penyelesaian peningkatan permintaan rumah mampu milik yang dijangka mendadak menjelang 2030. Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr. Mary Wong Lai Lin berkata, jangkaan itu dibuat berikutan laporan menunjukkan tempoh 12 tahun lagi hampir dua pertiga penduduk negara ini tinggal di bandar. “Permintaan untuk rumah mampu milik akan meningkat dengan kadar pembentukan isi rumah…










