HARARE 3 Ogos – Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, bekas sekutu Robert Mugabe, disahkan memenangi pilihan raya selepas keputusan rasmi dikeluarkan awal pagi tadi. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe (ZEC), Mnangagwa meraih 50.8 peratus undi, mengatasi pencabarnya daripada parti MDC, Nelson Chamisa dengan 44.3 peratus. “Mnangagwa daripada parti ZANU-PF dengan ini diumumkan sebagai Presiden Zimbabwe,” umum pengerusi ZEC, Priscilla Chigumba. Sementara itu, Mnangagwa melahirkan perasaan gembira selepas memenangi pilihan raya selain…










