Rumah jadi pusat mini kasino diserbu

Rumah jadi pusat mini kasino diserbu

Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Kontinjen Kuala Lumpur ketika serbuan Op Dadu jam 12.30 tengah malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai lima individu ditahan polis apabila dipercayai terbabit aktiviti perjudian mini kasino jenis poker di sebuah rumah di Jalan Sentul Pasar di sini yang dijadikan mini kasino, kelmarin.

Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Kontinjen Kuala Lumpur berkata, lima individu terbabit ditahan dalam serbuan Op Dadu jam 12.30 tengah malam.

Katanya, tangkapan membabitkan lima lelaki berusia antara 23 hingga 42 tahun.

“Suspek ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai penganjur merangkap pemain dan menetap di rumah berkenaan.

“Turut ditahan tiga lagi lelaki warga tempatan serta seorang lelaki warga Kanada yang dipercayai pemain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pasukan serbuan turut merampas beberapa peralatan yang digunakan semasa perjudian dijalankan, termasuk cip perjudian yang digunakan sebagai wang, daun terup serta alas meja poker.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen Malaysia 1959/63.

“Semua suspek ditahan reman hingga 3 Januari 2026 bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Polis akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk aktiviti perjudian haram yang menyalahi undang-undang di sekitar ibu negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN