KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada Kabinet bayangan bagi blok pembangkang, namun setiap Ahli Parlimen yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Pas diberikan tanggungjawab memfokuskan portfolio tertentu.
Pengerusi BN itu berkata, setiap Ahli Parlimen pembangkang diberi ruang untuk berbahas mengikut portfolio masing-masing yang sudah diagihkan sebelum ini.
“Ini telah kami berikan kepada semua Ahli Parlimen dan tentunya sebagaimana yang kita lihat, setiap perbahasan menjurus kepada bidang masing-masing.
Berita berkaitan:
- Tiada video temubual, hanya bertemu kawan, main ‘game’ – ‘Daddy Ash’
- Pas tidak terima gelar kumpulan Melayu Islam lain sebagai musuh utama
- Armishah calon BN lawan Tun Mahathir di Langkawi?
- Kos haji ikut kategori pendapatan, MRSM berbayar, kewarganegaraan automatik antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
“Ini akan menyebabkan fokus diberikan kepada Ahli Parlimen tertentu untuk bahas dan membangkitkan perkara tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Jelasnya, setiap Ahli Parlimen juga diberikan kebebasan untuk menyentuh lain-lain perkara di dalam sidang Dewan Rakyat berdasarkan latar belakang mereka.
“Kita berjanji untuk menjadi pembangkang yang konstruktif dan mempunyai kewibawaan dari segi maklumat, latar belakang dan fakta yang diperolehi,” katanya. – Bernama











