KUALA LUMPUR 20 Ogos – Seorang pemandu lori dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh sebuah rumah yang disewa oleh warga Bangladesh, dua bulan lalu. Majistret Mahyudin Mohamad Som menjatuhkan hukuman terhadap R. Shatheesvaran, 35, yang didakwa melakukan perbuatan itu di rumah yang disewa oleh Sakhidar Md. Hannan di tingkat tiga, Bangunan Haji Suhaimi, Jalan Sentul Pasar, Sentul pada pukul…










